Rabu, 25 Desember 2013
Senarai Nama Maut Keracunan Makanan Di Kenduri Kahwin
Senarai nama mangsa maut keracunan makanan di kenduri kahwin. Tiga orang disahkan maut akibat keracunan makanan setelah menghadiri majlis kenduri kahwin di Tanjung Dawai, Merbok, Kedah Sabtu lalu. Manakala 65 orang lain kini dimasukkan ke dalam wad dan masih mendapatkan rawatan. Mangsa yang maut dilaporkan mengalami cirit birit dan muntah yang teruk dan berpanjangan sebelum meninggal dunia. Masakan kenduri kahwin yang tercemar merupakan salah satu faktor kepada insiden tersebut. Antara menu utama kenduri kahwin itu adalah lauk ayam masak merah, gulai terung ikan talam dan kerabu pucuk paku. Berdasarkan laporan, kebanyakan mangsa mengalami keracunan makanan setelah memakan lauk ayam masak merah di kenduri tersebut.
Punca Keracunan Makanan Di Kenduri Kahwin
Keputusan makmal mendapati lauk ayam masak merah sudah tercemar dengan bakteria Salmonela. Stok ayam sebanyak 80 ekor dipercayai sudah busuk dan menjadi punca kejadian keracunan makanan. Individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan. Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan.
Kemaskini: 4 Orang Disahkan Maut
Terkini: Seorang lagi mangsa keempat keracunan Wan Razali Wan Yaacob, 56 disahkan meninggal dunia jam 7.15 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani. Untuk rekod 4 mangsa kini sudah meninggal dunia akibat keracunan makanan.
2. Mohd Nor Rahmat Yusof (11)
3. Ibrahim Mohamad (62)
4. Wan Razali Wan Yaacob, 56
Seramai 170 Orang Keracunan Makanan
Lebih 170 orang kini dilaporkan mengalami keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di sebuah rumah di Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas. Sehingga kini, yang paling ramai ialah di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini iaitu 114 orang, manakala sembilan mangsa menerima rawatan di Hospital Pantai Sungai Petani dan 49 orang di Hospital Yan.
Senarai Nama Empat Maut Keracunan Makanan Kenduri Kahwin
1. Nurshazana Mohd. Rashid (24)
Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari. Nurshazana yang baru tamat latihan amali disahkan meninggal dunia di HSAH.
2. Mohd Nor Rahmat Yusof (11)
Mangsa kedua Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, dari Kampung Singkir Lauk disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar,
3. Ibrahim Mohamad (62)
Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)Sungai Petani kira-kira pukul 6.30 petang Isnin.
4. Wan Razali Wan Yaacob, 56
Wan Razali Wan Yaacob mangsa keempat maut dari Kampung Banggol, Belau, Merbok dikatakan mula berasa sakit pada jam 4 pagi Ahad lalu selepas menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah kawannya jam 6 petang hari sebelumnya.
Lagi Foto Insiden Keracunan Makanan
Keratan Akhbar Keracunan Makanan Di Kenduri Kahwin
Sumber:
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar