Selasa, 17 Desember 2013
Maut Akibat Jatuh Gaung
Kuala Lumpur: Usaha seorang guru sains bersama rakannya menggunakan tali untuk turun ke kaki bukit selepas tersesat ketika mendaki Bukit Tabuh, di Taman Malawati, di sini, menemui kegagalan apabila mangsa maut akibat terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter, jam 8 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian, satu pasukan polis peronda dihantar ke lokasi untuk bantuan awal.
"Mayat mangsa ditemui di level sembilan bukit berkenaan kira-kira jam 11.55 malam dan disahkan meninggal dunia oleh anggota JPAM akibat kecederaan parah di muka dan badan," katanya.
Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Ampang untuk bedah siasat. Mymetro
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar