Sabtu, 08 Februari 2014
Wanita Jalani Pembedahan Potong Tulang Muka
AKIBAT kerap diejek memiliki wajah sebesar ‘pancake’, seorang wanita di Taiwan membuat keputusan untuk mengubah wajahnya itu.
Bukan melalui pembedahan plastik ya, sebaliknya dia membuat keputusan untuk menjalani pembedahan bagi memotong struktur tulang mukanya untuk mendapatkan wajah yang lebih bujur.
Selepas menjalani prosedur itu, wajahnya dikatakan membengkak seperti belon selama lebih sebulan, memetik laporan Stomp Straits Times.
Bagaimanapun, apabila bengkak mula surut, ternyata tinjauannya cukup memuaskan.
Apa yang membezakan dirinya dengan mereka yang menjalani pembedahan plastik ialah, dia tidak menukar wajahnya menjadi ‘orang lain’, sebaliknya hanya menjadikan ia lebih bujur dengan mengekalkan wajah asal.
Agak bijak.
Oleh: ELZA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar