Social Icons

Pages

Selasa, 12 Agustus 2014

MRT Malaysia Guna Tren Siemens Inspiro


INILAH dia rupa tren yang bakal digunakan oleh pengurusan sistem Mass Rapid Transit (MRT) di Kuala Lumpur yang dijangka siap pada 2016.

Keretapi ini ialah keluaran syarikat Jerman Siemens dengan model Siemens Inspiro.

Model keretapi jenis ini ialah keluaran terbaru Siemens kerana ia mula ditinjauankan pada tahun lepas.

Pintu Siemens Inspiro ini dilengkapi dengan sistem LED warna bagi memberitahu penumpuang di luar tren berapa lama ianya akan terbuka.

Ia mempunyai kelajuan maksium 90 kilometer sejam dan mampu membawa sehingga 1,000 orang penumpang pada satu masa.

Di dunia pada ketika ini, hanya sistem Metro Warsaw dan MRT Kuala Lumpur menggunakan gerabak Siemens Inspiro.

Syarikat Siemens sebelum itu sudah pun memenangi kontrak bernilai €260 juta Euro daripada MRT Malaysia untuk membekalkan 58 buat set tren Siemens Inspiro dilengkapi dengan peralatan bagi dua depot.

Model Siemens Inspiro akan melalui laluan sejauh 51km dari Sungai Buloh ke Kajang (SBK).


Tidak ada komentar:

Posting Komentar